IT'S OK NOT TO BE OK REVIEW
Assalammualaikum guys hari ni kita sambung pasal kdrama pulak, asalnya tgok drama ni sebab orang kata sinopsis dia best plus kim soo hyun pulak main lead fuhhh memang kena tonton la
Baca tajuk pun kita dah tahu apa jalan cerita yang ingin disampaikan oleh penulis ni. Untuk pengetahuan korang ini adalah naskah pertama penulis tersebut dan berjaya menambat hati rakyat korea dan peminat Kdrama antarabangsa.
Cerita ini dimulakan dengan Moon Gang Tae yang sibuk menguruskan pesakit di hospital sakit jiwa. Dia juga didapati sering bertukar tempat kerja kerana sering dipersalah di atas kesilapan orang lain dan juga disebabkan oleh abangnya. Abangnya bernama Moon Sang Tae merupakan pesakit Autism yang pandai dan dan melukis.
Disebabkan satu pergaduhan ni si adik cubalah mencari Dr psikatrik terbaik kat korea untuk merawat abang dia, dalam masa yang sama dia boleh kerja kat situ. Masalahnya hospital tu dekat rumah lama mereka yang memang tak pernah difikir oleh Gang Tae yang mereka akan kembali di situ huhuhu.
Setibanya di sana, bertemulah hero dan heroin drama ni di hospital sakit jiwa tu. Actually sebelum ni pernah jumpa dah tapi gitu- gitu je lah. Maka bermulah episode suka duka antara mereka bertiga iaitu abang adik dan koo munyeong. Dua2 berebut nak dapatkan perhatian Gang Tae sorang dengan perangai saiko dia sorang dengan penyakit autism. Cerita ni pun banyak selitkan pelakon tambahan yang mempunyai banyak kisah sedih kenapa mereka ini di masukkan ke hospital tersebut.
Ops sebelum terlupa heroin dalam cerita ni adalah penulis buku kanak2 yang sangat terkenal so setiap minggu dia ada sesi bacaan dengan pesakit - pesakit dekat sana. Tapi tu lah dia pon sociopath juga hahahha.
Hero dalam cerita ni memang membuktikan dia pelakon paling mahal kat korea. Dalam cerita ni banyak banyak main dengan emosi dan Gang Tae memang pandai buat mimic muka yang boleh membuatkan penonton rasa apa yang dia rasa huhuuu sedih gila tambah2 par dia nangis minta maaf kat tangga dan masa dia peluk abang dia.
Ok cukup la kut sampai sini nanti korang tengok sendiri, serious best sampaikan si Sang Tae tu menang awards palimg berprestij kat korea untuk kategori pelakon pembantu lelaki terbaik sebab dia berlakon jadi Autism tu memang nampak real.
Comments
Post a Comment