REVIEW DRAMA PARTNER FOR JUSTICE


Hiiiiiii Kdrama Lover 


Sebelum tu mai aku nak cerita macam mana aku boleh terjebak dengan kdrama ni. Al kisahnya bermula masa aku sekolah menengah rendah, kawan aku bagi pendrive yang ada cerita I Can Hear Your Voice ala lakonan Lee Jung suk dengan Lee Bo Young tu, ya drama tu la. Tapi ni bukan drama first aku la, drama first aku tak ingat hahahaahha.




Ok lets straight to the point, seperti yang korang baca tajuk diatas drama ini adalah gabungan antara sains forensik dengan pengamal undang- undang termasuklah peguam, pendakwa raya, hakim dan detektif polis.


Drama ini mengenai Dr Baek Beom seorang Dr forensik yang terhebat kat korea dia mengambil masa yang panjang dalam setiap post mortem yang dilakukan untuk mengenalpasti punca sebenar kematian,baginya seolah-olah mayat tersebut bercakap dengan dia untuk fight for justice. Second lead drama ni pulak adalah seorang pendakwa raya iaitu Eun Soul dia dan detektif polis sentiasa bekerjasama untuk selesaikan kes jenayah.

 



Karekter male dengan fameal lead ni memang jauh beza macam langit dengan bumi la sebab Dr Baek jenis serius, keras kepala, macam tak dak perasaan pon ada, orang ingat dia jadi macam tu sebab obses dengan mayat . Karekter Eun Soul ni pulak ada sisi innocent, happy dan excited setiap kali dapat kes baru. Kiranya dia ni manusia normal la macam kita hahahah.


Apa yang best pasal cerita ni ialah segala kes jenayah yang berkaitan denagn mayat memang dibongkar oleh Dr Baek dengan detail gila. Ada kes tu orang ingat dia bunuh diri padahal dia dibunuh dan ada kes orang ingat dia kena bunuh tapi sebenarnya dia bunuh diri . Ada kemalangan nampak macam kemalangan biasa ja padahal dah dirancang dengan baik punya. Kereta excident pon Dr Baek buat post mortem dalam lab dia.


 


Dr Baek ni selalu cakap dekat Eun Soul " Don't write a novel " sebab dia ni suka buat kesimpulan apa yang dia nampak dulu dan kadang- kadang buat keputusan ikut emosi. Tapi Dr Baek ni percaya kepada " A corpse leave a trace " sebab tu dia akan buat post mortem dengan detail dan ambil masa yang lama sampai dia dapat tau punca sebenar 


Drama ni best sebab kita boleh belajar tentang undang-undag dengan sains forensik dalam masa yang sama macam 2 in 1. Cerita ni juga membuktikan sains dan undang -undang tidak boleh dipisahkan


Ok, itu je kot buat masa ni, aku just nak fokus pada main cerita dan main karekter je hiihi. 


Here the teaser


 

 




 

 





Comments

Popular Posts