PULAU PERHENTIAN

Assalammualaikum  kepada para pembaca sekalian, harini aku nak cerita tempat tempat yang aku pernah pergi bercuti tapi bukan semua la hihihi. Ok untuk kali ni aku pilih Pulau Perhentian dulu selepas ni Pulau Redang pulak Insyaallah.





Ini adalah pemandangan di Jeti Pulau Perhentian yang aku sempat ambil sementara tunggu check in homestay. Bayangkanlah dekat jeti pun air dia jernih sangat Subhanaallah, rasa macam nak terjun terus hahhahaah tapi tak boleh la, nampak ja macam cetek padahal dalam. Bila sampai ja memang excited la nak bermandi manda tak gitu



Ini adalah hari kedua kami kat sana, kami kena praktis dulu macam mana nak snorkling dekat tengah- tengah laut nanti. Mula -mula memang tak  berani la tu nak pi berenang dekat tengah- tengah laut walaupun dah pakai jaket keselamatan sebab takut tiba- tiba di bawa arus ka, jaket tertanggal ka fuhhh memang takut la. Namun begitu, ku gagah kan juga sebab dah bayar mahalkan rugi la kalau tak enjoy betul- betul kat sana. Sekali dah masuk dalam air laut terus tak nak naik bot sebab tak puas lagi hahahah by the way kami pergi lima check point kat pulau sana memang puas dan berbaloi la untuk percutian  tiga hari dua malam.



Hah ini gambar mak aku dekat Taman Laut Pulau Perhentian, nampak jernih tak air dia. Kat sini la kami jumpa KJ ala Khairi Jamaludin tu kenalkan. Tak sangka kami bercuti di hari dan tempat yang sama dengan dia dan family. Anak dia pandai berenang tak payah pakai life jacket macam aku huhuh.


Ok cukuplah disini sahaja, nanti kita sambung di tempat lain pulak. Maafkan aku kalau gambar tak berapa cantik sebab aku ni tak pandai sangat ambil gambar, just enjoy the moment.

Sehinga berjumpa lagi.



Comments

Popular Posts